Tuesday 29 May 2012

Menara Putih Di Kota Damsyik

Kita semua sedia maklum bahawa suatu masa nanti akan turunnya Isa A.S ke dunia ini . Satu persoalan yang timbul pada semua manusia di muka bumi ini iaitu ' Dimana turunnya Isa nanti ? ' . Saya pernah membaca satu artikel yang menerangkan dimana turunnya Isa A.S kebumi ini dan disini akan saya karangkan untuk semua.
..................................................................................


Menjelang turunnya Nabi Isa A.S ke dunia , kaum Muslimin dihimpit dengan serangan tentera Dajjal yang disokong oleh kaum Yahudi . Mereka merupakan saki baki umat Islam yang masih teguh berpegang dengan agama Allah walaupun diancam dengan ancaman yang hadir dari pelbagai pelusuk dunia .
Tentera Islam amat terdesak dan mereka terkepung dalam benteng terakhir mereka di Syam . Dajjal dan tenteranya telah bersiap sedia untuk memasuki negeri ini . 
Pada waktu yang sangat mencemaskan itu , Nabi Isa turun ke muka bumi atas perintah Allah dengan diiringi malaikat . Baginda turun di menara putih yang terletak sebelah timur Masjid Umawi di Damsyik , setelah fajar menyinsing sejurus selepas iqamat solat Subuh dikumandangkan .
Al Hafiz Ibn  Khatir menceritakan menara putih itu baru sahaja dibangunkan pada tahun 741H setelah menara yang lama terbakar akibat perbuatan orang Kristian . Sehingga hari ini menara itu masih berdiri tegak dengan megahnya di Kota Damsyik . 
....................................................................................................


Diharap apa yang ditulis diatas sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kita.
Semua yang terkarang di atas merupakan apa yang dikaji oleh manusia dan semua itu mungkin benar dan mungkin tidak kerana yang mengetahui hanyalah Allah . :)

No comments:

Post a Comment