Tuesday 27 November 2012

SOLAT

Setelah lama x update,akhirnya aku kembali menulis. Kali nie just nak share satu story nie. Okay...layan la story nie...^_^

............................................................................................................

Rasulullah S.A.W bersabda :
 " 2 rakaat solat sunat fajar itu lebih baik daripada dunia seisinya " H. Muslim & Tarmizi

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud 
" Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dgn bentuk yg cantik, Allah menciptakan pula 600 sayap yg panjang, sayap itu antara timur dan barat. 
Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yg lebih baik drpd aku ? ". Lalu Allah berfirman yg bermaksud " Tidak..."

Kemudian Jibrail berdiri lalu solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20 ribu tahun.
Setelah selesai Jibrail solat, maka Allah SWT berfirman yg bermaksud...
" Wahai Jibrail, kau telah menyembah ku dgn ibadah yg bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yg menyembah kepada ku seperti ibadah kamu, akan tetapi diakhir zaman nnti akan datang seorang nabi yg mulia yg paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yg lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yg hanya sebentar saja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu ".

Kemudian Jibrail berkata 
" Ya tuhanku, apakah yg enkau hadiahkn kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka ? "

Lalu Allah berfirman yg bermaksud.....

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yg bermaksud...

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."



............................................................................................................
       
Tu je la story yg ingin disampaikn...diharap cerita ini dpt meningkatkn adrenalin kita dlm beribadah.Amin.

Sekian...........

Tuesday 29 May 2012

Menara Putih Di Kota Damsyik

Kita semua sedia maklum bahawa suatu masa nanti akan turunnya Isa A.S ke dunia ini . Satu persoalan yang timbul pada semua manusia di muka bumi ini iaitu ' Dimana turunnya Isa nanti ? ' . Saya pernah membaca satu artikel yang menerangkan dimana turunnya Isa A.S kebumi ini dan disini akan saya karangkan untuk semua.
..................................................................................


Menjelang turunnya Nabi Isa A.S ke dunia , kaum Muslimin dihimpit dengan serangan tentera Dajjal yang disokong oleh kaum Yahudi . Mereka merupakan saki baki umat Islam yang masih teguh berpegang dengan agama Allah walaupun diancam dengan ancaman yang hadir dari pelbagai pelusuk dunia .
Tentera Islam amat terdesak dan mereka terkepung dalam benteng terakhir mereka di Syam . Dajjal dan tenteranya telah bersiap sedia untuk memasuki negeri ini . 
Pada waktu yang sangat mencemaskan itu , Nabi Isa turun ke muka bumi atas perintah Allah dengan diiringi malaikat . Baginda turun di menara putih yang terletak sebelah timur Masjid Umawi di Damsyik , setelah fajar menyinsing sejurus selepas iqamat solat Subuh dikumandangkan .
Al Hafiz Ibn  Khatir menceritakan menara putih itu baru sahaja dibangunkan pada tahun 741H setelah menara yang lama terbakar akibat perbuatan orang Kristian . Sehingga hari ini menara itu masih berdiri tegak dengan megahnya di Kota Damsyik . 
....................................................................................................


Diharap apa yang ditulis diatas sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kita.
Semua yang terkarang di atas merupakan apa yang dikaji oleh manusia dan semua itu mungkin benar dan mungkin tidak kerana yang mengetahui hanyalah Allah . :)

Sunday 5 February 2012

12 Rabiulawal....

Pada setiap tahun semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabuilawal.
Pada tarikh inilah ramai umat Islam melakukan sunnah2 baginda.
Jadi bersempena dgn Maulidur Rasul tahun ini,saya ingin berkongsi tentang 
PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW.

........................................................................................................

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap SYAITAN demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan ZINA.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah SOLAT lima waktu, berPUASAlah di bulan RAMADHAN, dan tunaikanlah ZAKAT dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah HAJI sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam TAQWA dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi NABI atau RASUL yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QUR'AN dan SUNNAHKU.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
..................................................................................
Itulah pesanan terakhir Rasulullah SAW dlm khutbah terakhir baginda.Diharapkn agar kita menghayati dan mengamalkan pesanan baginda dlm kehidupan seharian kita...
SALAM MAULIDUR RASUL....:)

Sunday 22 January 2012

DOLLAR....

Tragedi 11 September 2001 merupakan tragedi di mana org Amerika menganggap tragedi tersebut didalangi oleh kumpulan pejuang Islam,Al-Qaeda.Namun,ade sumber2 mengatakan bahawa tragedi ini dilakukan oleh mereka sendiri iaitu kerajaan Amerika.Buktinye?Ade di dalam wang dollar...Saksikan....





Sejauh mane kesahihan video ini?Entahla...Allah Maha Mengetahui...

p/s: walaupun citer nie dh lapok and ramai org dh tahu..ini just n share kpd mereka yg belom mengetahui...^_^