Thursday 19 December 2013

KADANG - KADANG



Dan kadang kadang, manusia lebih suka saat kita menipu diri sendiri. Saat kita pura pura tak kisah. Pura pura tak ambil peduli.

Mereka lebih suka lihat kita senyum dan ketawa sepanjang masa.
Sedang hakikatnya, ada benda yang kita tak mampu nak simpan dan pendam.

Sebab itu, bila kadang kala kita tunjuk apa yang kita rasa, manusia tak boleh terima. Mereka akan ubah pandangan, persepsi mereka terhadap kita. Tak matang katanya. Tak munasabah, tak realistik omelannya.

Sedang mereka tak lalui apa yang kita lalui. Tak merasa apa yang kita rasa. Tak berada dalam situasi yang kita alami. Memang akan ada manusia yang memerhati dengan mata, tapi memang lantang berbicara dengan suara. Akan ada. Kerana, inilah realiti dunia.


Sunday 1 December 2013

HABUK


Ini kisah tentang habuk dimana habuk nie berada di mana mana. Tak kira tempat mahupun masa, habuk akan senantiasa menyelubungi benda benda yg dah usang.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, habuk didefinisikan sebagai benda halus kering macam serbuk yang terdapat pada permukaan bumi, pada permukaan objek, atau berterbangan ditiup objek.

Habuk nie tak wujud kat realiti je, fantasi maya pun rasa jgak kehadiran habuk nie. Facebook, Myspace pun merasai jugak kehadiran habuk bila user diorang tak 'melawat' or 'guna' diorang. Sama macam situasi sekarang, dimana blog nie sudah terlampau berhabuk :3

Untuk benda yg berhabuk nie, perlulah dikemas, dicuci dan dibasmi bila berkesempatan. Secara tidak langsung ini la tujuan penulisan kali ini, untuk membersihkan 'habuk habuk' yang semakin berleluasa.

Penulisan yang agak hambar, merepek dan tidak relevan ini aku karangkan just untuk 'membersihkan' dan 'memanaskan' kembali blog nie setelah lama tak di update.

Dalam setiap kata kata haruslah kita selitkan sesuatu yang bermanfaat. Jadi disini aku sediakan satu video sebagai satu penyentuh hati, pesanan dan mesej yg bermanfaat.

Sekian, moga hari anda diberkati Allah.
Assalamualaikum :)

Ps: Nangis kalau perlu, sebab kalau kita nangis tandanya kita still ada iman, hati dan perasaan. Wallahu'alam.